Followers

Monday, July 16, 2012

Adunan Kuih Siput

dah banyak cerita pasal kuih siput, sekarang nak tunjuk bahan yang digunakan buat kuih siput pulak.. semua orang pun dah biasa tengok..


tepung gandum, bahan paling utama dalam buat kuih ni


ikan bilis penting untuk menambahkan rasa pada kuih siput, ikan bilis agak mahal sikit,
beli yang dah siap belah memudahkan keje buat kuih..dah siap buang kepala dan perut, menjimatkan masa buat kuih.


bawang putih, tak banyak sangat letak bawang ni..


jintan manis, kebanyakan orang kampung akan letak bahan ni untuk menambahkan rasa kuih siput.. tapi ada juga yang tak letak..


bawang rose, bawang ni antara yang termahal dalam spesis bawang kecil.
baunya agak wangi dan rasa pun lagi sedap dari bawang kecil dari cina.


cili kering, bagi rasa pedas sikit dan tambah warna pada kuih.


minyak masak, terpaksa guna minyak masak yang berkualiti sikit., kalau beli minyak
yang dalam plastik., agak merugikan kerana minyak cepat rosak.

tempahan untuk kuih siput akan di tutup pada hari jumaat ni..sebab tempahan dah semakin banyak.. terima kasih pada yang telah menempah..kami akan cuba menyiapkan tempahan anda seperti yang di janjikan.

SELAMAT BERPUASA

No comments:

Post a Comment